Wednesday, December 19, 2012

Makanan syaitan

                            Apabila Rasulullah saw makan baginda menjilat jari jarinya tiga kali;  
 Anas berkata,bahawa Rasulullah bersabda; "Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan apa-apa kotoran yang melekat padanya lalu memakannya .Jangan lah meninggalkannya untuk syaitan."

                             Anas melanjutkan:"Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan apa-apa sisa makanan. "Baginda berpesan:"Ini kerana kalian tidak tahu dibahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.
Sesungguhnya orang -orang yang membazir itu adalah saudara -saudara syaitan{Al- Isra"17;27}

Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk darinya iaitu syaitan.(sanad sahih H.R.Al-Darimi .

TANDA KEKUFURAN

Adapun bahaya-bahaya nya merintih dan merobek-robek menurut keterangan beberapa hadits antaranya ialah:

Tidak termasuk menjadi umat nabi Muhammad saw,sebagaimana disebut didalam beberapa hadits warta dari Ibnu Masud r.a. berkata;Bersabda Rasulullah  saw berbunyi:

                 "Bukan dari golongan aku orang-orang yang memukul-mukul pipi dan merobek-robek baju dan menjerit dengan suara. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana disebutkan dalam Hadits Nabi warta dari Abi Hurairah r.a.
 berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:

                "Dua macam dalam kelakuan manusia dapat menjerumuskan dalam kufur,iaitu:menghinakan nasab keturunan orang,dan menangisi mayat sambil merintih.

Pada hari kiamat dikenakan pakaian dari aspal dan kutang dari nyala api neraka;Seperti disebut dalam sebuah hadits

                  "Artinya;Merintih itu termasuk kebiasaan jahilliyyah dan orang yang merintih,jika ia mati sebelum taubat,maka Allah akan memotongkan untuknya pakaian dari aspal dan kutang dari nyala api neraka" (Ibnu Majah)

Merupakan tanda kekufuran:
Sebagaimana disebut didalam hadis artinya:
                    "Tiga macam daripada tanda kekufuran terhadap Allah swt iaitu:
                      1.Merobek-robekkan baju.
                      2.Merintih (niyahah)
                      3.Menghina nasab dan keturunan orang.

Wednesday, December 5, 2012

Mengalihkan Benda Menyakitkan diJalan

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. (maksudnya);"Allah mengampuni seorang lelaki yang mengambil(mengalih) sepotong duri yang berada ditengah jalan yang dilalui oleh orang ramai,Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."

ZIARAH KUBUR IBUBAPA


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah  s.a.w. telah bersabda (maksudnya); "Barangsiapa menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang dari kedua-duanya pada setiap hari Jumaat,diampunkan baginya dan ditulis sebagai orang yang berkebajikan."
(Diriwayatkan oleh at-Tabarani dalam al_Ausath dan As-Saghir)


Daripada Abu Hurairah r.a.katanya,Rasulullah s.a.w. telah bersabda(maksudnya):"Berterusanlah bala menimpa keatas orang mukmin dan mukminah pada jasad,harta dam anaknya hingga ia bertemu dengan Allah Ta'ala dan tidaklah ada padanya dosa."
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainya,ia berkata ini hadis hasan-sahih)




BERSABAR (2)


Daripada Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah s.a.w. (yang bermaksud):"Barangsiapa ditimpa oleh musibah pada harta atau dirinya lalu ia menyembunyikannya,tidak lah beliau mengadu tentangnya kepada manusia,maka menjadilah tanggungjawap Allah untuk mengampuninya."

(Diriwayat oleh At-Tabarani dengan isnad la Ba'sa)

Daripada Aisyah radhiyallahu anha katanya,Rasulullah s.a.w. telah bersabda (maksudnya): "Apabila banyak dosa-dosa seorang hamba dan ia tidak mempunyai apa-apa untuk menghapuskannya,maka Allah mengujinya dengan kesedihanan untuk menghapuskan dosa-dosanya."


SABAR DAN REDHA

Daripada Abu Hurairah r.a.juga daripada Nabi s.a.w.(maksudya):"Barangsiapa sakit pada suatu malam dan ia sabar dan ia redha terhadap Allah dengan sakit itu,bebaslah ia dari dosa-dosanya sepertimana hari ia dilahirkan oleh ibunya,"